Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah menganjurkan Sambutan Hari Integriti & Ikrar Bebas Rasuah bagi kakitangan Penyelia pada hari Khamis, 27 November 2025 yang lalu bertempat di Dewan Putri Sa’adong 3 (Aras 1), Hotel Grand Riverview Kota Bharu Kelantan. Seramai 100 orang pegawai dan kakitangan Penyelia terlibat dalam program tersebut.
Majlis dimulakan dengan ceramah slot 1 bertajuk “Dekati SPRM Jauhi Rasuah” yang telah disampaikan oleh PsK Wan Siti Junaida binti Ismail, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Kelantan manakala ceramah slot 2 bertajuk “Sekyen 17A ASPRM 2009 – Liabiliti Korporat” telah disampaikan oleh Ps Rosli bin Abdul Ghani, Ketua Cawangan Siasatan SPRM Negeri Kelantan.
Pada majlis tersebut, AKSB telah menandatangani janji menolak rasuah melalui Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang telah dirasmikan oleh Pengarah SPRM Negeri Kelantan, KPKPj Azmin bin Yusoff. Dalam ucapan perasmian tersebut, Pengarah SPRM Kelantan menyambut baik usaha pihak AKSB yang komited dalam membanteras jenayah rasuah demi mewujudkan pengurusan pentadbiran yang baik dan berintegriti.








