Untuk makluman para pelanggan, pihak AKSB akan melaksanakan penggunaan e-Bil Air sebagai salah satu inisiatif ke arah pendigitalan perkhidmatan yang lebih moden dan efisien.
Pelaksanaan ini adalah secara pilihan (opt-in), di mana hanya pelanggan yang bersetuju sahaja akan menerima bil dalam bentuk elektronik. Bil fizikal masih akan diteruskan bagi pelanggan yang belum berdaftar.
Apa itu e-Bil?
e-Bil ialah bil air dalam bentuk digital yang dihantar secara dalam talian melalui aplikasi atau medium elektronik, tanpa penggunaan kertas.
Tujuan Pelaksanaan E-Bil:
• Menyokong transformasi digital perkhidmatan AKSB
• Meningkatkan kecekapan penyampaian bil kepada pelanggan
• Mengurangkan penggunaan kertas demi kelestarian alam sekitar
• Memudahkan pelanggan menyemak dan membayar bil secara dalam talian
Kelebihan e-Bil kepada Pelanggan:
• Mudah diakses melalui telefon pintar atau peranti digital
• Lebih cepat diterima berbanding bil fizikal
• Boleh menyemak rekod penggunaan air dengan lebih teratur
• Memudahkan pembayaran secara dalam talian
• Menyumbang kepada usaha penjagaan alam sekitar
Cara Semak & Muat Turun Bil:
Dapatkan bil melalui Aplikasi myAKSB yang boleh dimuat turun di:
• Apple App Store
• Google Play Store
• Laman Sesawang AKSB
Cara Mendaftar E-Bil:
Pengguna boleh mendaftar melalui link di bawah atau Imbas QR Code dilampirkan
