AKSB meneruskan Program Townhall Siri 4 – NRW Tanggungjawab Bersama pada 7 hingga 8 Oktober 2026 bertempat di H-Elite Hotel, Kota Bharu.
Program telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Zulkufli bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMBK dan juga Pengarah Eksekutif AKSB, dengan penglibatan seramai 100 orang kakitangan AKSB dari pelbagai peringkat jawatan.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap Non-Revenue Water (NRW) serta menekankan usaha menangani NRW merupakan tanggungjawab bersama seluruh warga AKSB.
