
Pernah tertanya-tanya mengapa bekalan air masih belum sampai walaupun kerja-kerja pembaikan telah selesai?
Ini kerana bekalan air memerlukan masa untuk pulih secara berperingkat, termasuk pemulihan paras tangki, pelepasan bekalan dan penstabilan tekanan air.
Kawasan tinggi dan penghujung sistem mungkin mengambil masa lebih lama untuk menerima bekalan.
Kerja pembaikan selesai tidak bermaksud bekalan terus pulih serentak di semua kawasan.
Kami memahami kesulitan yang dialami dan terus berusaha memastikan bekalan air pulih sepenuhnya.