JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Penyelia Elektrikal H/T
(Unit M&E – JabatanPengeluaran)
SYARAT & KELAYAKAN
Kelayakan :
– Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf; serta
– Memiliki Sijil Kekompetenan
– Penjaga Jentera Kategori BO yang sah daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
– Memiliki Diploma Kejuruteraan Elektrik adalah satu kelebihan.
Kemahiran :
– Pengalaman menyelia kakitangan, kontraktor dan vendor.
– Mahir dalam membaca pelan skematik elektrik/lukisan teknikal (AutoCAD/BIM, menganalisis kerosakan sistem, dan prosedur keselamatan elektrik (LOTO – Lockout/Tagout).
– Pengetahuan mendalam mengenai sistem mekanikal & elektrikal serta kawalan automasi.
– Boleh bekerja secara berpasukan, mempunyai kemimpinan yang baik, serta sanggup bertugas sekiranya berlaku kecemasan di luar waktu pejabat.
Pengalaman Kerja :
– Mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 tahun pengalaman kerja dalam pengendalian sistem voltan tinggi di persekitaran kilang pembuatan, bangunan komersial, atau fasiliti industri (pengalaman dalam pengurusan utiliti, loji, atau pembinaan dialu-alukan).
TUGAS-TUGAS
Ringkasan Tugas:
– Menyelia dan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan/pembaikian sistem elektrikal H/T di Loji Rawatan Air (LRA) dan Wisma AKSB dengan menepati keperluan operasi
SYARAT – SYARAT UMUM
- Warganegara Malaysia;
- Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai rekod jenayah;
- Boleh berkomunikasi dengan baik di semua peringkat;
- Boleh melaksanakan tugas dengan baik pada tahap pengawasan yang minima, jujur, amanah serta bertanggungjawab.
- Memiliki lesen memandu yang sah.
Tarikh tutup permohonan : 29 OKTOBER 2026
Borang Permohonan (Disini)
