2 November 2026 | Bachok
AKSB bersama Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan (JSANK) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pengurusan dan penggunaan sumber air.
AKSB diketuai oleh Haji Mahadi bin Mokhtar, Timbalan Pengurus Besar Kewangan dan Korporat, bersama Pengurus Jajahan Bachok dan Ketua Unit Pemasaran.
Kunjungan ini sebagai platform perkongsian kepakaran serta mengukuhkan kerjasama antara agensi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan sumber air dan memastikan bekalan air yang berkualiti serta mampan.

