Terma Dan Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air Bagi Perniagaan
Terma & syarat adalah seperti berikut :
- Segala permohonan hendaklah melalui tukang paip yang berlesen (yang berdaftar dengan aksb) kepada unit kawalan kredit/permohonan baru untuk pendaftaran.
- Permohonan dari (borang A,B dan C) hendaklah dilengkapkan dan ditandatangani oleh pemohon.
Kedai & Setinggan :
- Lengkap dengan borang A,B & C.
- Surat sokongan dari Ketua Operasi Jajahan.
- Salinan lesen perniagaan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan bil air bagi premis yang terdekat
- Salinan surat kelulusan dari pemilik tanah yang berkenaan
Perumahan :
- Lengkap dengan borang A,B & C
Kontraktor :
- Lengkap dengan borang A,B & C.
- Plan pembangunan yang diluluskan oleh Ketua Operasi Jajahan
- Salinan bil air premis yang berhampiran dengan tapak projek