Kaedah Penyambungan Semula Bekalan Air Yang Setelah Dipotong
- Jelaskan semua bayaran bagi bil tertunggak di mana-mana pejabat AKSB berhampiran.
- Di galakkan pembayaran dibuat terus ke pejabat AKSB Jajahan dimana akaun bekalan air dibuka/ didaftarkan bagi melicinkan lagi proses penyambungan semula.
- Setiap penyambungan semula bekalan air di kenakan caj sebagaimana berikut :
i) Meter bersaiz kurang daripada 50mm – Rm35
ii) Meter bersaiz 50mm hingga 100mm – RM50
iii) Meter bersaiz 101mm hingga 150mm – RM100
iv) Meter bersaiz lebih daripada 150mm – Kos sebenar bagi pemotongan atau penyambungan semula.
v) Dilakukan pada simpai logam – Kos sebenar pemotongan atau penyambungan semula
- Kerja-kerja penyambungan semula dibuat dalam tempoh 48jam (hari bekerja) selepas semua bayaran di atas dijelaskan.