16/3/2023@Kota Bharu.
Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB diteruskan dengan menyantuni para pengayuh beca, asnaf, orang yang kurang bernasib baik dan penduduk sekitar Wisma AKSB serta pengawal-pengawal keselamatan. Agihan beg makanan disampaikan sempena menyambut Ramadan yang bakal muncul tidak lama lagi, telah berlangsung pada pagi ini di Wisma AKSB.
Unit Komunikasi Korporat mewakili seluruh warga AKSB mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak 1444H.