9/2/2022@
@Machang
Alhamdulillah hasil penelitian dan pemeriksaan penuh oleh kontraktor pakar pada hari kelmarin 8/2/2022 terhadap pembaikian dengan kaedah wrapping yang telah sempurna dan pengujian terhadap paip yang dibaiki juga telah dilakukan pada petang kelmarin.
Pam air mentah juga telah mula dihidupkan bagi mengepam air mentah melalui saluran paip dan pemantauan di tempat pembaikian masih dilakukan sehingga kini.
Pam air mentah dihidupkan bagi membolehkan air mentah mengalir semula ke LRA Merbau Chondong utk diproses. Setakat penelitian lewat petang kelmarin, air terawat telah mula memenuhi tangki air bersih sebelum diagihkan ke tangki imbangan dan seterusnya diagihkan kepada pengguna secara berperingkat nanti.
Manakala di lokasi pembaikian, Team AKSB juga telah mula mengambus tanah bagi menutup lubang besar yang dikorek di lokasi pembaikian.