5/4/2023 @ Kota Bharu
Seterusnya, lokasi terakhir untuk Program Tanggungjawab Sosial Korporat bagi penyampaian sumbangan makanan asas adalah di Maahad Tahfiz Darul Ulum Al – Furqani, Panji. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Puan Nik Eda Salwanee dan beberapa kakitangan UKK yang turut hadir kepada Mudir Maahad Tahfiz Darul Ulum Al – Furqani.