Laman Web Rasmi
Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna
Menu
  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna

HARI AIR SEDUNIA 2022 (World Water Day 2022)

“Groundwater: Making the invisible visible”

7 hari menjelang Hari Air Sedunia 2022!

Peringatan Hari Air Sedunia (World Water Day) ini disambut pada 22 Mac setiap tahun dan jatuh pada hari selasa tahun 2022. Tarikh ini sudah ditetapkan oleh PBB pada tanggal 22 Disember 1992 pada Sidang Umum PBB yang ke-47 di Rio de Janeiro, Brazil.

Dengan adanya hari air sedunia diharapkan masyarakat akan lebih menghargai betapa pentingnya air. Hal ini kerana, Hari Air Sedunia diadakan adalah sebagai bentuk peringatan kepada seluruh masyarakat dunia untuk sentiasa melakukan usaha-usaha pelestarian sumber air.

“Groundwater: Making the invisible visible” telah diangkat oleh PBB sebagai tema pada tahun ini. Air tanah menjadi fokus pada sambutan tahun ini, walaupun ianya tidak terlihat namun manfaatnya sangat berguna kepada kehidupan. Ia mengekalkan ekosistem, mengekalkan aliran dasar sungai dan menghalang penenggelaman tanah dan pencerobohan air laut. Air bawah tanah adalah bahagian penting dalam proses penyesuaian perubahan iklim dan selalunya merupakan penyelesaian bagi orang yang tidak mempunyai akses kepada air selamat.

Matlamat Pembangunan Mampan atau Matlamat Pembangunan Lestari/Sustainable Development Goals(SDG) terdiri daripada 17 Matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Perhimpunan Agung PBB pada September 2015, di New York, Amerika Syarikat untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan Bumi untuk mencapai masa depan yang lebih baik dan mampan untuk semua . Secara keseluruhan, SDG harus membawa kepada “transformasi dunia kita” iaitu seperti dunia yang bebas dari kemiskinan, kelaparan, penyakit dan keperluan dan di mana semua kehidupan dapat berkembang. Tetapi matlamatnya jauh lebih jauh dan termasuk perlindungan alam sekitar serta pendidikan dan kesaksamaan, serta ekonomi yang mampan dan stabil.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang komited dengan matlamat ini dan telah mengambil langkah-langkah untuk menerapkan strategi-strategi SDG dengan memperkenalkan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) pada tahun 2017. GTMP memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat-matlamat SDG, seperti Matlamat ke-6 (air bersih dan sanitasi), Matlamat ke-7 (tenaga yang bersih dan berpatutan), Matlatmat ke-11 (bandaraya dan komuniti yang mampan), Matlamat ke-12 (penggunaan dan penghasilan yang bertanggungjawab) dan Matlamat ke-13 (tindakan iklim).

Sebagai syarikat bertanggungjawab dalam mengendalikan pengurusan pembekalan air dan rawatan air di seluruh negeri Kelantan, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan bekalan air. AKSB mengambil langkah dalam perlaksanaan GTMP yang merangkumi aspriasi rangkakerja SDG dengan fokus utama terhadap Matlamat ke-6 iaitu Air Bersih dan Sanitasi untuk menyediakan air yang bersih dan berkualiti kepada pengguna. Ia juga matlamat utamanya untuk memastikan semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada sumber air bersih dan sistem sanitasi yang baik.

SDG 13 iaitu langkah-langkah untuk perlindungan iklim perlu diambil kira berdasarkan perkembangan global sekarang. Perlindungan iklim harus diintegrasikan ke dalam dasar, strategi dan rancangan negara. Hal ini kerana, keperluan untuk air telah melebihi perkembangan populasi dunia, separuh daripada penduduk bumi kini pasti menghadapi masalah bekalan air sebulan dalam setahun. Kita juga biasa menghadapi situasi sukar ketika bekalan air di catu apabila tiba musim kemarau. Akses kepada air, sanitasi dan kebersihan merupakan hak setiap manusia, namun masih terdapat berbillion manusia pada saat ini masih menghadapi kesukaran dan cabaran hanya untuk mendapatkan keperluan paling asas ini. Terutamanya dibahagian Sub Afrika dan kawasan pendalaman termasuk juga masyarakat yang kurang bernasib baik di Malaysia.

 

Pautan Pantas

  • Semakan & Bayaran Bil
  • Aduan Pengguna
  • Notis Gangguan Air
  • Artikel & Media
  • Kajian Kepuasan Pelanggan

myAKSB

Capaian e-Perkhidmatan AKSB
Kini Di Hujung Jari Anda

Muat Turun Sekarang:

Pautan Agensi Berkaitan

Pensijilan & Akreditasi

AKSB Hotline ×
Perlukan Bantuan?
Tel : 15777 WhatsApp

Info Korporat

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Kumpulan Pengurusan
  • Visi & Misi
  • Video
  • Pejabat
  • Keutuhan & Integriti
  • Saluran Aduan/Maklumat
  • Sijil Penghargaan

Maklumat Pengguna

  • Piagam Pelanggan
  • Semakan Bil
  • Kadar Tarif
  • Senarai Tukang Paip
  • Kesalahan Di Bawah IPA 2006
  • Tip Penjimatan Air

Perkhidmatan

  • Pemotongan Bekalan Air
  • Penyambungan Semula
  • Proses Ujian Meter Air Pengguna
  • Proses Rawatan Air
  • Fungsi Makmal Pusat

Pusat Khidmat Pelanggan

  • Soalan-Soalan Lazim
  • Hotline

Berita

  • Berita Semasa
  • Buletin Terkini
  • Notis Gangguan Air
  • Penjawatan
  • Permohonan Jawatan Kosong
  • Permohonan Latihan Industri
  • Kenyataan Tender

© Hakcipta Terpelihara 2025 - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) - 199401006290 (291969-M)

Web Oleh LamanWeb

  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat
  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat

Hotline

Tel : 15777
Whatsapp

Borang Permohonan Bekalan Air

Mohon bekalan air melalui borang ini. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.
KLIK DISINI

Lihat Terma & Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air

Domestik

Perniagaan