AKSB boleh dihubungi melalui Ibu Pejabat yang terletek di bandar Kota Bharu dan 13 buah pejabat Jajahan di Kelantan. Setiap Jajahan mempunyai sebuah pejabat AKSB kecuali Jajahan Kota Bharu di mana pejabatnya terbahagi kepada 3 kawasan itu Kota Bharu Utara, Kota Bharu Timur dan Kota Bharu Selatan disebabkan oleh kawasan yang padat penduduk dan banyak rumah-rumah kediaman, rumah kedai serta pejabat-pejabat kerajaan. Selain dari pejabat-pejabat Jajahan, AKSB juga telah buka satu pejabat khusus bagi menangani aduan mengenai masalah bekalan air di Kelantan dikenali sebagai Pusat Informasi & Talian Info AKSB (PINTAS).