Hotline PINTAS: 15777 Aduan Pengguna »

Air Kelantan Sdn Bhd merupakan anak syarikat milik penuh kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bertangungjawab kepada untuk menguruskan airĀ  dengan cara memproses, merawat dan membekal kepada semua pengguna di negeri Kelantan.

Matlamat

  • Membina bersama sebuah syarikat yang berdinamik, sensitif serta bertanggungjawab kepada keperluan masyarakat.
  • Membekal air yang mencukupi dan berkualiti kepada pengguna.
  • Meningkatkan semangat berpasukan, bekerjasama serta bermotivasi di kalangan kakitangan bagi menjadi sebuah organisasi yang dihormati.
  • Bersama menjalankan tangggungjawab sosial.

Tanggungjawab

  • Mengurus operasi bekalan air di negeri Kelantan (termasuk sumber / punca, rawatan, pembekalan dan agihan).
  • Membekal air yang menepati kualiti yang telah ditetapkan.
  • Perunding dan pengurusan projek.
  • Kawalan air tidak berhasil (NRW).
  • Merancang dan melaksanakan pembangunan prasarana bekalan air.
  • Membaikpulih dan menaiktaraf sistem sedia ada.
  • Memungut hasil air (pengebilan dan kutipan hasil).