Laman Web Rasmi
Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna
Menu
  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna

Jumlah tunggakan bil pengguna AKSB cecah RM28.5 juta

Link:  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/11/909776/jumlah-tunggakan-bil-pengguna-aksb-cecah-rm285-juta (Harian Metro)

Link: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/11/1033283/jumlah-tunggakan-bil-pengguna-air-kelantan-rm285-juta (Berita Harian)

Link: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2143435&s=09#.Y4bM8E5k3m0.twitter (Bernama)

 

Jumlah tunggakan bil pengguna AKSB cecah RM28.5 juta

Kota Bharu: Jumlah tunggakan bil pengguna Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sehingga September tahun ini mencecah RM28.5 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan Datuk Azami Mohd Nor berkata, jumlah itu menyaksikan pengurangan ketara berbanding sehingga Disember tahun lalu sebanyak RM33.2 juta.

Menurutnya, punca utama tunggakan adalah daripada pengguna domestik yang masih tinggi iaitu berjumlah RM18.4 juta sehingga September tahun ini.

“Kutipan sedikit perlahan disebabkan pengguna domestik yang masih dalam pasca Covid-19.

“Bagi meningkatkan hasil kutipan, AKSB menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara berterusan di seluruh jajahan terutama yang tiada masalah bekalan air bersih.

“Pada masa sama, kita menyediakan pelbagai medium kutipan termasuk melalui bank dan melalui Internet,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan Datuk Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) yang bertanyakan jumlah tunggakan bil AKSB dan penyebab kepada tunggakan itu.

Mengulas lanjut, Azami yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok berkata, beberapa tindakan turut diambil AKSB bagi pengguna bil yang tertunggak.

“Notis dalam bil akan dicetak untuk dimaklumkan kepada pengguna yang mereka mempunyai tunggakan.

“Bagi pengguna yang melebihi tempoh tiga bulan tertunggak dan melebihi RM1,000, pemotongan terhadap akaun akan dibuat.

“Selain itu, bagi yang melebihi tiga bulan namun bil kurang dari RM1,000, unit penguatkuasaan jajahan akan membuat lawatan ke premis pengguna yang berkenaan untuk membuat rundingan pembayaran,” katanya.

Pada masa sama, ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Hilmi Abdullah (Pas-Guchil) yang bertanyakan sama ada kerajaan mahu memberi bekalan air percuma kepada asnaf di Kelantan, Azami berkata, pihaknya sentiasa membantu penduduk yang memerlukan.

“Kita menyediakan 30 lori sewa khas yang bersedia untuk mengagihkan bekalan air percuma kepada asnaf di semua kawasan.

“Sejak April 2020 sehingga Julai tahun ini, kita sudah membelanjakan RM11.5 juta untuk agihan air percuma kepada golongan asnaf dan ini adalah antara tanggungjawab sosial kita,” katanya.

 

Disiarkan pada: November 30, 2022 @ 11:30am

Kredit: Harian Metro

Pautan Pantas

  • Semakan & Bayaran Bil
  • Aduan Pengguna
  • Notis Gangguan Air
  • Artikel & Media
  • Kajian Kepuasan Pelanggan

myAKSB

Capaian e-Perkhidmatan AKSB
Kini Di Hujung Jari Anda

Muat Turun Sekarang:

Pautan Agensi Berkaitan

Pensijilan & Akreditasi

AKSB Hotline ×
Perlukan Bantuan?
Tel : 15777 WhatsApp

Info Korporat

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Kumpulan Pengurusan
  • Visi & Misi
  • Video
  • Pejabat
  • Keutuhan & Integriti
  • Saluran Aduan/Maklumat
  • Sijil Penghargaan

Maklumat Pengguna

  • Piagam Pelanggan
  • Semakan Bil
  • Kadar Tarif
  • Senarai Tukang Paip
  • Kesalahan Di Bawah IPA 2006
  • Tip Penjimatan Air

Perkhidmatan

  • Pemotongan Bekalan Air
  • Penyambungan Semula
  • Proses Ujian Meter Air Pengguna
  • Proses Rawatan Air
  • Fungsi Makmal Pusat

Pusat Khidmat Pelanggan

  • Soalan-Soalan Lazim
  • Hotline

Berita

  • Berita Semasa
  • Buletin Terkini
  • Notis Gangguan Air
  • Penjawatan
  • Permohonan Jawatan Kosong
  • Permohonan Latihan Industri
  • Kenyataan Tender

© Hakcipta Terpelihara 2025 - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) - 199401006290 (291969-M)

Web Oleh LamanWeb

  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat
  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat

Hotline

Tel : 15777
Whatsapp

Borang Permohonan Bekalan Air

Mohon bekalan air melalui borang ini. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.
KLIK DISINI

Lihat Terma & Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air

Domestik

Perniagaan