31/10/2021@Machang. Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama bersaiz 4 inci yang pecah berdekatan Masjid Tok Bok (zon Labok B) Machang telah siap dibaiki oleh Team AKSB Machang. Agihan bekalan air kepada pengguna di kawasan terlibat telah disambung semula. Bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat.