9/11/2021@Pasir Puteh. Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama bersaiz 4 inci yang pecah di simpang Sekolah Tasik di Jalan Bukit Awang Pasir Puteh telah siap dibaiki oleh Team AKSB Pasir Puteh lebih awal daripada yang dijangkakan. Agihan bekalan air telah disambung semula sejurus selepas kerja siap. Bekalan air ke kawasan terkesan akan kembali pulih secara berperingkat.