24/12/2022@ Pasir Puteh.
Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama bersaiz 6 inci yang pecah di Simpang Kampung Bukit Akar, Selising, Pasir Puteh, Kelantan telah siap dibaiki malam tadi. Bekalan air telah disalurkan semula sejurus setelah pembaikian selesai dan akan kembali stabil secara berperingkat.