30/10/2021@Tumpat. Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama bersaiz 6 inci yang pecah di tapak projek flyover Wakaf Bharu telah siap dibaiki pada jam 5 petang tadi. Agihan bekalan air kepada pengguna di kawasan terlibat telah disambung semula. Bekalan air akan kembali pulih secara berperingkat.