22/10/2021@Kota Bharu Selatan. Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama jenis AC 10 inci di Tunjung, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu telah siap dibaiki sebentar tadi. Agihan bekalan air kepada pengguna di kawasan-kawasan terlibat telah disambung semula dan bekalan air akan pulih secara berperingkat.