23/10/2021@Kuala Krai.
Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama jenis HDPE 4 inci yang pecah di Kampung Batu Lada, Kuala Krai telah siap dibaiki oleh Team AKSB Kuala Krai. Agihan bekalan air kepada pengguna terlibat telah disambung semula sejurus selepas pembaikian dan bekalan air akan pulih secara berperingkat.