26/10/2021@Tanah Merah. Kerja-kerja kecemasan pembaikian paip utama jenis HDPE bersaiz 8 inci yang pecah berdekatan Taman Tasik Kiara, Tanah Merah,Kelantan telah siap dibaiki oleh Team AKSB Tanah Merah sebentar tadi, lebih awal daripada jangkaan asal. Agihan bekalan air ke kawasan-kawasan terlibat telah disambung semula dan bekalan air akan beransur pulih secara berperingkat.