8 Februari 2026 – Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Biro Pengaduan Awam (BPA), Putrajaya, khususnya kepada Ketua Pengarah BPA, Datuk Akbar bin Haji Samon, atas kesudian mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pengurus Besar AKSB.
Pihak AKSB amat menghargai kunjungan serta ruang perbincangan yang telah berlangsung dalam suasana yang profesional dan konstruktif.
Diharapkan hubungan kerjasama yang terjalin ini dapat terus diperkukuhkan, khususnya dalam usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan pengurusan aduan pelanggan.
Sekali lagi, pihak AKSB merakamkan penghargaan atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan.
