Satu lagi program Tanggungjawab Sosial Korporat AKSB dilaksanakan iaitu Latihan Teknikal Skuadron Kelantan yang dirangka bagi membantu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam menyelesaikan masalah bekalan air. Latihan ini melibatkan 1 Pegawai dan 31 anggota. Ia bertujuan untuk melatih dan menyediakan Pegawai serta anggota sukarela Skuadron Kelantan serta menguji tahap siap siaga dan kemampuan aturgerak bagi melaksanakan tugas – tugas menjaga, memulih, mengendali dan menyelenggara aset serta sistem bekalan air dalam sebarang bentuk situasi krisis atau peperangan. Latihan ini melibatkan pemasangan paip UPVC 155mm sepanjang 500m di Kg Dalam Rhu Pachakan Semerak (Pasir Puteh) dan penyelenggaraan sistem agihan air di 12 lokasi (Kota Bharu). Pematuhan prosedur kerja pemasangan dan senggaraan paip sistem retikulasi air diberi penekanan di dalam latihan ini.