Kota Bharu, 26 Feb. 2026 – Satu Lawatan dan Penilaian Keselamatan oleh Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan (JKPK) Sasaran Penting Negeri Kelantan ke atas Loji Rawatan Air (LRA) Kg Puteh, Kota Bharu telah diadakan pada 25 Feb. 2026
JKPK ini terdiri daripada Pejabat Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat CGSO Negeri, PDRM, Jabatan Bomba & Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Khidmat Pengurusan SUK serta Syarikat Keselamatan.
Program JKPK adalah dibuat sekali setahun ke atas loji terpilih dan berdaftar dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), khusus untuk memantau dan menilai tahap keselamatan di sesebuah premis yang diwartakan pihak MKN.
#aksbbekerja
