7/12/22 @ Selangor.
Selepas lawatan Korporat AKSB ke NAHRIM, delegasi AKSB sebelah petangnya telah membuat lawatan ke kilang pembuatan valve, pili bomba, fittings dan lain-lain. Taklimat pengoperasian dan pembuatan peralatan serta perkakasan telah disampaikan oleh Penasihat Teknikal & Produk LYE Manufacturing Sdn Bhd En Eric Tan dan Pengarah pemasarannya En. Justin serta Technical Sales Engineer, En. Aizuddin Fikri Bin Zarkarnan kepada peserta lawatan AKSB. Sebagai pembelajaran dan perkongsian ilmu, kakitangan AKSB telah diberi taklimat tentang proses pembuatan dari awal hingga siapnya peralatan dan perkakasan serta bahan bahan yang digunapakai. AKSB mengucapkan penghargaan kepada pihak kilang yang telah memberi layanan dan taklimat terbaik buat peserta lawatan.