8/11/2022@LRA Pintu Geng
Seramai 77 orang pelajar dari program Sains Kelestarian Alam Sekitar, Fakulti Sains Bumi (FSB) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan 7 orang kakitangan mengadakan lawatan akademik ke Loji Rawatan Air Pintu Geng. Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para mahasiswadan mahasiswi kepada pembangunan lestari dan pengetahuan berkaitan kelestarian alam sekitar. Taklimat disampaikan oleh Penyelia Loji yang turut disertai oleh kakitangan Unit Komunikasi Korporat.