Laman Web Rasmi
Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna
Menu
  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna

LOJI RAWATAN AIR (LRA) MINI MERANTI BAHARU MEMBERI MANFAAT KEPADA 4,300 AKAUN PENGGUNA DI PASIR MAS DAN TUMPAT

LOJI RAWATAN AIR (LRA) MINI MERANTI BAHARU MEMBERI MANFAAT KEPADA 4,300 AKAUN PENGGUNA DI PASIR MAS DAN TUMPAT

4 Oktober 2023, Rabu – Kg Meranti, Pasir Mas

LRA Mini Meranti Baharu, Pasir Mas telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang, Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud pada petang semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, YB Dato’ Dr Izani Hussin bersama Timbalannya, YB Mohd Saizol Ismail, Pengarah Eksekutif AKSB, Tuan Hj Abdul Rashid Mohd Yusoff serta Pemangku Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd, En Izani Ismail.

LRA Mini Meranti Baharu yang dibina bermula Februari 2022 dan siap pada penghujung September 2023 itu telah memulakan operasi sepenuhnya bermula 4 Oktober 2023. Loji ini menggunakan sistem rawatan air jenis Chemiles iaitu “Chemical-less groundwater treatment system” yang menggunakan teknologi rawatan air daripada Jepun.

Pembinaan LRA ini menggunakan peruntukan sepenuhnya daripada Kerajaan Negeri Kelantan iaitu sebanyak RM 10.2 juta bagi menangani permasalahan air di kawasan Meranti dan kampung sekitar serta sebahagian kampung di Jajahan Tumpat.

Dengan beroperasinya loji berkapasiti 6 Juta Liter Sehari (JLH) ini, jumlah akaun pengguna dijangka meningkat daripada 4,300 akaun pengguna kepada 6,000 akaun.

Kawasan liputan LRA ini melibatkan DMA Meranti A dan B serta DMA Pohon Tanjung yang merangkumi Kg Kolam, Banggol Nein, Kg. Banggol, Gelang Mas (Balai Polis), Alor Pinggang, Kg. Chat, Gelang Mas, Kg. Meranti, Pohon Tanjong, Bakong Luar, Bakong, Kg Bakong (Balai Polis), Kubang Binjai, Kubang Pak Hitam, Kg Senor, Kg Siput, Banggol Che Wan, Mat Lazim, Macang Gocoh dan kawasan – kawasan berdekatan yang sebelum ini menerima bekalan air daripada LRA Kelar.

Jangkaan sebahagian kawasan di Jajahan Tumpat juga turut mendapat manfaat seperti Kg Jal Besar, Kg Bendang Luas, Kg Pengkalan Kubor, Kg Kebun, Kg Neting, Bendang Pok Yong, Kajang Sebidang, Padang Mandol, Cherang Melintang, Telok Jering, Simpangan, Kg Jubakar Pantai dan kawasan sekitarnya.

Semoga dengan pembinaan LRA Mini Meranti Baharu ini akan memberikan kebaikan dan membantu menampung keperluan air bersih terawat kepada pengguna di kawasan yang terlibat, InsyaAllah.

Link:

https://www.astroawani.com/videos/video-terkini-x7sio1/kertas-kerja-kepada-persekutuan-masalah-air-di-kelantan-diharap-selesai-x8ojorw (Astro Awani)

https://www.utusan.com.my/berita/2023/10/kelantan-rangka-kertas-kerja-selesai-masalah-air/ (Utusan)

https://www.sinarharian.com.my/article/282432/edisi/kelantan/masalah-air-kerajaan-kelantan-siapkan-kertas-kerja (Sinar Harian)

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/10/963021/kelantan-carry%C2%A0out%C2%A0rm951-mil-worth-water-projects-improve-supply?topicID=1&articleID=963021 (New Straits Times)

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/10/963083/kelantan-drafts-paperwork-solve-long-standing-water-supply-problem (New Straits Times)

Pautan Pantas

  • Semakan & Bayaran Bil
  • Aduan Pengguna
  • Notis Gangguan Air
  • Artikel & Media
  • Kajian Kepuasan Pelanggan

myAKSB

Capaian e-Perkhidmatan AKSB
Kini Di Hujung Jari Anda

Muat Turun Sekarang:

Pautan Agensi Berkaitan

Pensijilan & Akreditasi

AKSB Hotline ×
Perlukan Bantuan?
Tel : 15777 WhatsApp

Info Korporat

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Kumpulan Pengurusan
  • Visi & Misi
  • Video
  • Pejabat
  • Keutuhan & Integriti
  • Saluran Aduan/Maklumat
  • Sijil Penghargaan

Maklumat Pengguna

  • Piagam Pelanggan
  • Semakan Bil
  • Kadar Tarif
  • Senarai Tukang Paip
  • Kesalahan Di Bawah IPA 2006
  • Tip Penjimatan Air

Perkhidmatan

  • Pemotongan Bekalan Air
  • Penyambungan Semula
  • Proses Ujian Meter Air Pengguna
  • Proses Rawatan Air
  • Fungsi Makmal Pusat

Pusat Khidmat Pelanggan

  • Soalan-Soalan Lazim
  • Hotline

Berita

  • Berita Semasa
  • Buletin Terkini
  • Notis Gangguan Air
  • Penjawatan
  • Permohonan Jawatan Kosong
  • Permohonan Latihan Industri
  • Kenyataan Tender

© Hakcipta Terpelihara 2025 - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) - 199401006290 (291969-M)

Web Oleh LamanWeb

  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat
  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat

Hotline

Tel : 15777
Whatsapp

Borang Permohonan Bekalan Air

Mohon bekalan air melalui borang ini. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.
KLIK DISINI

Lihat Terma & Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air

Domestik

Perniagaan