Media merupakan rakan paling rapat AKSB dalam pemakluman sebarang aktiviti syarikat, samada aktiviti rasmi dan juga bukan rasmi. Sehubungan dengan itu, AKSB telah mengadakan satu majlis apresiasi bagi semua wakil media di Kelantan, sebagai penghargaan kepada mereka dalam merakam setiap aktiviti AKSB sepanjang tahun 2015.
Majlis Makan Malam Apresiasi Media Kelantan telah pun diadakan pada 13 Januari 2016, di Hotel Perdana, dan turut dihadiri oleh Dato Hj Hanifa Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Pengarah Eksekutif AKSB dan semua Ketua Jabatan AKSB serta Jurutera jajahan.
Pada 14 April 2016, AKSB telah menerima kunjungan hormat AJK Kelab Media Kelantan (KEMUDI), yang diketuai oleh Presiden nya, iaitu En Mohd Zailani Ab Rahman, bersama 3 orang AJK beliau. Pengarah Eksekutif juga telah berbesar hati untuk menyampaikan cek sumbangan dari AKSB kepada Presiden Kemudi untuk beliau dan AJK nya menjalankan aktiviti kelab yang telah dirancang.