9/3/2023@Kota Bharu.
Majlis Penyerahan Projek ‘Program Non-Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Kelantan-Pakej 1’, Skop : Penggantian Meter SIV, Meter Pengguna Dan Pemetaan GIS telah diadakan pada hari ini di Wisma AKSB. Projek ini telah diserahkan oleh YBrs. Tuan Hj. Sulaiman Bin Kamisan, Timbalan Pengarah Bahagian Bekalan Air Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim kepada Pengurus Besar AKSB, Dr. Hj. Nazmi Bin Ghazali Azmi.
Turut hadir YBrs. En. Sharul Mizan bin Ayub, Ketua Seksyen NRW BBA, pegawai-pegawai BBA, serta NRECC diwakili YBrs.En. Ts. Zulhelmi Bin Kassim, Perunding, kontraktor serta pegawai – pegawai AKSB.