Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

AKSB telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus, menyelenggarakan dan membekalkan air terawat kepada pengguna di seluruh Kelantan di bawah lesen individu yang dikeluarkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). SPAN adalah badan yang bertanggungjawab untuk mengawal selia operator-operator air di Malaysia termasuk Kelantan mengikut peruntukan yang dinyatakan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air (IPA) 2006.

Kawasan liputanya bekalan air oleh AKSB belum mencapai 100% kerana selain dari AKSB terdapat beberapa agensi-agensi kerajaan lain juga membekalkan air kepada kawasan di bawah pengurusan mereka seperti Felda, Felcra, Kesedar dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun terdapat usaha-usaha kearah menyerahkan pengurusan bekalan air setempat tersebut kepada AKSB bagi mempastikan proses rawatan air dan juga pengurusan pengagihan bekalan air serta pengebilan dan kutipan hasil dapat dilaksanakan dengan lebih efisyen dan berkesan.

Pengguna bekalan air AKSB kebanyakannya adalah bagi kegunaan domestik iaitu merangkumi lebih dari 80% dan majoritinya pengguna berada di Jajahan Kota Bharu yang menjadi tumpuan penduduk di Kelantan sebagai tempat tinggal dan bekerja.