Kami juga mungkin akan mendedahkan data peribadi tersebut jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau secara niat baik, jika tindakan tersebut adalah perlu bagi (i) mematuhi kehendak mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau (ii) melindungi dan mempertahankan hak atau harta AKSB, kakitangannya dan syarikat-syarikat yang berkaitan dan/atau kumpulan syarikatnya.
Akses, Pembetulan dan Aduan
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan atau aduan atau permohonan untuk akses atau pembetulan ke atas data peribadi tersebut, anda boleh menghubungi Pengurus Kawalan Hasil kami daripada Unit Kawalan Hasil di Ibu Pejabat AKSB , Kota Bharu, dengan menelefon kami di talian 09-7437777 atau fakskan pada kami di talian 09-7437777 dari pukul 8 pagi hingga 5 petang dan juga boleh e-melkan kepada kami di pdp@airkelantan.com.my atau shikin@airkelantan.com.my . Sebarang permintaan untuk mengakses atau membetulkan data peribadi tersebut mungkin akan tertakluk kepada bayaran dan juga keperluan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Jika anda memilih untuk menghadkan hak kami untuk memproses data peribadi tersebut, anda boleh menghubungi Pengurus Kawalan Hasil yang dinyatakan di atas, secara bertulis.
Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau konflik di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi Pelanggan ini, versi Bahasa Inggeris harus diterima.