Laman Web Rasmi
Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna
Menu
  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna

NAIK TARAF LRA TAMPUNG MASALAH BEKALAN AIR [METROTV]

Kota Bharu: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dalam perancangan untuk menaik taraf loji rawatan air (LRA) sedia ada di sempadan negeri ini dan Terengganu bagi memastikan bekalan sumber air mencukupi.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan untuk membina LRA baharu.

Katanya, pihaknya optimis dengan penerokaan LRA sedia ada yang bukan sahaja dapat berkongsi air terawat, tetapi boleh dimanfaatkan antara dua negeri.

“Sebagai contoh, KASA dalam perbincangan dengan kerajaan Terengganu dan Kelantan untuk meneroka potensi LRA sedia ada di kawasan sempadan seperti di Besut yang boleh menyalurkan bekalan air ke jajahan Pasir Puteh.

“Diharapkan usaha yang dilakukan ini dapat menyelesaikan masalah sumber air, malah pihak kementerian akan sentiasa berbincang dengan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas melawat projek binaan LRA Kampung Telok, Panji, di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, sebanyak 15,000 akaun pengguna membabitkan jajahan Kota Bharu dan Bachok menerima manfaat sumber air hasil pembinaan LRA Kampung Telok yang dijangka siap sepenuhnya pada November ini.

“Pembinaan LRA berkenaan membabitkan peruntukan bernilai RM46 juta dengan keupayaan kapasiti air sebanyak 32 juta liter sehari (JLH) sekali gus menyelesaikan masalah air yang ditampung di LRA Chicha berdekatan kawasan Bachok.

“Selain itu, terdapat satu lagi loji dalam pembinaan iaitu LRA Teluk Masira, di sini, yang dijangka siap sama tempoh dengan loji ini.

“Apabila kesemua loji ini dapat disiapkan, insya-Allah masalah rakyat membabitkan bekalan air di Kelantan dapat diselesaikan sepenuhnya, malah saya juga dimaklumkan pihak kontraktor yakin ia dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

SUMBER :

  • https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/09/750444/naik-taraf-lra-tampung-masalah-bekalan-air-metrotv

Pautan Pantas

  • Semakan & Bayaran Bil
  • Aduan Pengguna
  • Notis Gangguan Air
  • Artikel & Media
  • Kajian Kepuasan Pelanggan

myAKSB

Capaian e-Perkhidmatan AKSB
Kini Di Hujung Jari Anda

Muat Turun Sekarang:

Pautan Agensi Berkaitan

Pensijilan & Akreditasi

AKSB Hotline ×
Perlukan Bantuan?
Tel : 15777 WhatsApp

Info Korporat

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Kumpulan Pengurusan
  • Visi & Misi
  • Video
  • Pejabat
  • Keutuhan & Integriti
  • Saluran Aduan/Maklumat
  • Sijil Penghargaan

Maklumat Pengguna

  • Piagam Pelanggan
  • Semakan Bil
  • Kadar Tarif
  • Senarai Tukang Paip
  • Kesalahan Di Bawah IPA 2006
  • Tip Penjimatan Air

Perkhidmatan

  • Pemotongan Bekalan Air
  • Penyambungan Semula
  • Proses Ujian Meter Air Pengguna
  • Proses Rawatan Air
  • Fungsi Makmal Pusat

Pusat Khidmat Pelanggan

  • Soalan-Soalan Lazim
  • Hotline

Berita

  • Berita Semasa
  • Buletin Terkini
  • Notis Gangguan Air
  • Penjawatan
  • Permohonan Jawatan Kosong
  • Permohonan Latihan Industri
  • Kenyataan Tender

© Hakcipta Terpelihara 2025 - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) - 199401006290 (291969-M)

Web Oleh LamanWeb

  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat
  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat

Hotline

Tel : 15777
Whatsapp

Borang Permohonan Bekalan Air

Mohon bekalan air melalui borang ini. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.
KLIK DISINI

Lihat Terma & Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air

Domestik

Perniagaan