5/2/2022- Alhamdulillah operator-operator air bantuan semuanya telah sampai ke Kelantan iaitu dari SATU (Terengganu), PAIP (Pahang), LAP (Perak), Ranhill SAJ(Johor) dan AIS (Selangor) yang turut sama menyertai operasi bantuan lori-lori tangki dan kakitangan masing-masing di atas prinsip setiakawan dan persefahaman antara operator-operator Air seluruh Malaysia. AKSB mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada SATU, PAIP, LAP, Ranhill SAJ, AIS dan lain-lain pihak yang turut sama terlibat membantu dalam operasi kali ini. Segala bantuan dan jasa yang diberikan kepada AKSB dan rakyat Kelantan hanya ALLAH SWT yang boleh membalas jasa-jasa kalian.
Terima kasih.