27/8/22@Jeli. Satu acara half marathon @ separuh maraton, Jeli Stats Nature half marathon 2022 telah dianjurkan di Jeli oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Kelantan (DOSM KEL) dengan kerjasama Pejabat Tanah & Jajahan Jeli di mana AKSB turut menghantar seramai 28 orang kakitangan selaku peserta untuk mengambil bahagian dan memeriahkan acara tersebut. Penganjuran program ini adalah sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Statistik Negara yang disambut secara tahunan pada 20 Oktober bermula tahun 2017. Pasukan AKSB turut disertai Pengurus Besar AKSB dan isteri. Acara sejauh 21 km tersebut bermula di Padang Istiadat, Jeli pagi ini.