Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) kini telah melaksanakan Sistem e-Perolehan yang baharu bagi menguruskan proses pendaftaran vendor, perolehan, sebut harga dan urusan berkaitan secara lebih cekap, telus serta sistematik.
Sehubungan dengan itu, semua vendor, termasuk vendor sedia ada DIWAJIBKAN membuat pendaftaran semula melalui Sistem e-Perolehan bagi membolehkan penyertaan dalam sebarang urusan perolehan AKSB pada masa hadapan.
Yuran Pendaftaran Percuma!
Sebagai galakan kepada semua vendor, AKSB menawarkan yuran pendaftaran secara PERCUMA sehingga 31 Ogos 2026. Hanya yuran tahunan dikenakan
Yuran pendaftaran RM50 akan dikenakan selepas tarikh di atas.
Jangan lepaskan peluang ini. Daftarkan syarikat anda sekarang dan nikmati yuran pendaftaran PERCUMA sebelum tempoh promosi berakhir.
Kemudahan Untuk Vendor
Bagi memudahkan proses pendaftaran, sila rujuk pautan berikut:
- Log Masuk Sistem e-Perolehan
- Manual Pengguna Sistem e-Perolehan
- Panduan Proses Pendaftaran
- Maklumat Yuran Pendaftaran
AKSB menggalakkan semua vendor membuat pendaftaran seawal mungkin bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada saat akhir. Pastikan semua maklumat syarikat dan dokumen yang diperlukan disediakan dengan lengkap bagi melancarkan proses pendaftaran.
Terima kasih atas kerjasama dan sokongan berterusan daripada semua vendor dalam memperkukuh sistem perolehan AKSB yang lebih cekap, telus dan berintegriti.