1/2/2023@Cyberjaya
Perbincangan berkaitan dengan isu teknikal bekalan air di Kelantan telah diadakan di Pejabat Suruhanjaya Air Negara (SPAN). Perbincangan ini telah dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya Infrastruktur dan Utiliti Negeri Kelantan, YB Dato’ Sr. Azami Mohd Nor, Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, YB Ustaz Abdul Rahman Yunus Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri Kelantan, Dr. Hj. Nazmi Bin Ghazali Azmi, Pengurus Besar AKSB dan Gs.Dr. Mohd Hilmi P. Ramli, Ketua Jabatan Teknikal AKSB. Perbincangan ini telah di Pengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Dato’ Ahmad Faizal Abdul Rahman yang turut disertai Pengurusan SPAN.