Hotline PINTAS: 1-300-88-2572 Aduan Pengguna »

Di mana anda perlu salurkan setiap aduan tentang sebarang masalah berkaitan bekalan air?

  • Hubungi PINTAS di talian 1300-88-2572 (Pusat Info & Talian Info AKSB)
  • E-mel kepada pintas@airkelantan.com.my

Bila meter anda akan dipasang setelah permohonan diluluskan?

Setelah selesai proses permohonan baru & mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh AKSB.

Jenis-jenis pemotongan bekalan air:

  • Penguatkuasaan pemotongan bekalan
  • Penutupan akaun atas permintaan pengguna

Kenapa pemotongan bekalan dikuatkuasakan?

  • Untuk memungut jumlah tertunggak dari pengguna kerana gagal menjelaskan tunggakan bil air
  • Untuk meningkatkan kecekapan aliran tunai syarikat
  • Untuk memberi kesedaran kepada pengguna betapa pentingnya menjelaskan bil mengikut tempoh ditetapkan

Bilakah penguatkuasaan pemotongan bekalan akan terjadi?

  • Pengguna gagal menjelaskan tunggakan dalam masa yang ditetapkan
  • Pengguna gagal untuk menjelaskan baki hutang tertunggak
  • Pengguna didapati membuat sambungan haram ke premis

Bila bekalan air anda akan disambung semula?

Bekalan air akan disambung semula pada hari yang sama di mana semua bayaran tertunggak dijelaskan.

Permohonan untuk menukar nama & akaun pengguna:

Proses penutupan akaun

  • Menjelaskan semua akaun yang tertunggak
  • Membawa salinan asal resit deposit
  • Salinan kad pengenalan penama

Proses penukaran nama & akaun pengguna

  • Salinan resit asal
  • Salinan bil air
  • Salinan kad pengenalan penama

Permohonan untuk penutupan akaun:

Pengguna boleh memohon untuk penutupan akaun atas sebab-sebab berikut:

  • Berpindah rumah
  • Premis musnah akibat kebakaran/bencana

Pengguna hendaklah menyediakan dokumen berikut untuk proses penutupan akaun

  • Surat permohonan penutupan akaun
  • Salinan asal resit deposit