28/3/2022@ Limbat, Kota Bharu
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) diteruskan dengan mengagihkan air mineral di Masjid Mukim Parit Lama, Kota Bharu pada 28 Mac 2022. Ia diserahkan kepada Ahli Jawatankuasa Masjid, En, Wan Ismail Wan Mahmud melalui wakil Unit Komunikasi Korporat,Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya dan beberapa wakil AKSB yang terlibat. Pokok Rhu turut diberikan untuk menceriakan kawasan masjid.
Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.