31/3/2022@ Pasir Tumboh, Kota Bahru
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pada tahun ini (Program Ambang Ramadan) diteruskan lagi dengan mengagih air mineral di Masjid Taman Binaraya Pasir Tumboh. AKSB melalui Unit Komunikasi Korporat telah menyampaikan sumbangan kepada pihak Masjid Taman Binaraya Pasir Tumboh. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Nor Bin Tuan Yahya, Penyelaras perhubungan khas dan beberapa wakil AKSB kepada Bilal 1 masjid iaitu Haji Baharudin Bin Harun.
Pihak AKSB mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan semoga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan tersebut diterima Allah SWT.
SWT.