Program apresiasi AKSB bersama pelanggan Akaun besar dan pelanggan korporat.
Program apresiasi pemegang akaun besar bekalan air dan rakan rakan korporat telah diadakan melalui satu program riadah santai kejohanan persahabatan golf pada 8 Januari 2022. Program bertujuan merapatkan hubungan korporat antara AKSB dan semua yang turut serta seperti syarikat-syarikat swasta, Perbankan, Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, pihak berkuasa seperti PDRM dan GLC serta agensi agensi lain.
Sesi riadah santai ini juga secara tidak langsung membolehkan pihak-pihak berkenaan menyampaikan pandangan dan cadangan kerjasama yang boleh dibentuk bagi penambahbaikan perkhidmatan AKSB di masa-masa akan datang.