Laman Web Rasmi
Air Kelantan Sdn. Bhd.

  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna
Menu
  • Utama
  • Korporat
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Kumpulan Pengurusan
    • Carta Organisasi Info Jabatan
    • Visi & Misi
    • Keutuhan & Integriti
      • Saluran Aduan/Maklumat
  • Perkhidmatan
    • Semakan Bil
    • Senarai Tukang Paip
    • Pemotongan Bekalan Air
    • Penyambungan Semula Bekalan Air Setelah Di Potong
  • Berita
    • Pembaikian & Penyelenggaraan
    • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
    • Aktiviti Semasa
    • Tender
    • Artikel & Media
    • Buletin
    • Kerja Semasa & Naik Taraf
  • Aduan Pengguna

PROGRAM SANTAI BERTEMU MATA AKSB BERSAMA PEMIMPIN SERTA PEGAWAI DUN GALAS, DUN PALOH DAN DUN NENGGIRI PADA 22 SEPTEMBER 2021

GUA MUSANG – Perhubungan baik dan perbincangan berkaitan pembangunan air di Gua Musang sering diadakan dari masa ke semasa.

Pada 22 September satu sesi perbincangan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Gua Musang telah diadakan bagi mencari penyelesaian berkaitan bekalan air terawat untuk ketiga-tiga Dun iaitu Dun  Galas,  Paloh dan  Nenggiri.

Hadir di majlis tersebut adalah Adun Galas, YB. Mohd Syahbuddin Hashim, Pegawai Seranta Dun Galas, En Shuhaimi Mat Deris, Pegawai Seranta Paloh, En. Azman Ahmad, Pegawai Seranta Nenggiri En. Mohd Sidek@Mohd Saupi Abd Razak serta Pegawai Seranta Parlimen Gua Musang, En. Fazli Mohd Zain.

Menurut Pengurus Jajahan Gua Musang, En. Azharudin Mohd Nor, pertemuan kali ini bagi memberi penerangan berkenaan perkembangan beberapa projek yang sedang dirancang dan ada yang dalam pembinaan seperti perancangan pembinaan loji Bukit Chupak, penukaran paip lama kepada yang baharu yang sedang dalam proses pelaksanaan di Batu Puteh serta perkembangan beberapa loji baharu yang sedang beroperasi pada masa kini.

Hadir sama adalah Ketua Operasi Loji Gua Musang, En. Syahrulrizal Othman, wakil Unit Komunikasi Korporat Tuan Mohd Nor Tuan Yahya dan wakil Jabatan Teknikal En Nik  Mohd Azrai Hilmi bin Nik Mohd Adib

Sementara itu, Adun Galas YB Syahbuddin Hashim amat berharap pertemuan sebegini dapat diadakan secara berkala bagi memudahkan pihaknya mengetahui perkembangan semasa perjalanan projek atau perancangan berkaitan pembekalan air terawat terutamanya dalam Dun Galas, yang pada ketika ini pesat membangun di bandar Gua Musang seperti penempatan terbesar perumahan di Bandar Baru Gua Musang yang amat memerlukan bekalan air yang cukup.

Di Dun Galas terdapat tiga loji rawatan air iaitu LRA Sungai Ketil , LRA Panggung lalat dan LRA Lojing meliputi sejumlah  12305 akaun bekaln air. Perancangan pembangunan bekalan air yang dicadangkan iaitu  membina semula LRA Bukit Chupak, penyambungan paip dari tangki Jabatan Orang Asli (JOA)  ke tangki Bandar Utama serta menaik taraf LRA Panggung Lalat akan meningkatkan lagi pengeluaran air terawat serta meningkatkan tekanan air ke kawasan agihan.

Menyentuh perkembangan air di Dun Paloh, Pegawai Seranta En. Azman Ahmad berkata setakat ini, bekalan air terawat amat mencukupi memandangkan terdapat 4 loji iaitu, LRA Chiku, LRA Chalil, LRA Paloh dan LRA Aring yang dapat membekalkan air kepada  6620 akaun bekalan air.

Manakala Dun Nenggiri pula mempunyai dua loji rawatan air  iaitu LRA Bertam dan LRA Limau Kasturi yang membekalkan air terawat kepada 3050 akaun. Projek dalam perancangan adalah membina loji baharu di Pulau Setelu (7mld) dan menaik taraf LRA Limau Kasturi.

Semoga dengan perancangan pembangunan yang akan dilaksanakan di Gua Musang ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat dan sekali gus dapat menjayakan perancangan ekonomi yang telah diatur oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekuan.

Pautan Pantas

  • Semakan & Bayaran Bil
  • Aduan Pengguna
  • Notis Gangguan Air
  • Artikel & Media
  • Kajian Kepuasan Pelanggan

myAKSB

Capaian e-Perkhidmatan AKSB
Kini Di Hujung Jari Anda

Muat Turun Sekarang:

Pautan Agensi Berkaitan

Pensijilan & Akreditasi

AKSB Hotline ×
Perlukan Bantuan?
Tel : 15777 WhatsApp

Info Korporat

  • Ahli Lembaga Pengarah
  • Kumpulan Pengurusan
  • Visi & Misi
  • Video
  • Pejabat
  • Keutuhan & Integriti
  • Saluran Aduan/Maklumat
  • Sijil Penghargaan

Maklumat Pengguna

  • Piagam Pelanggan
  • Semakan Bil
  • Kadar Tarif
  • Senarai Tukang Paip
  • Kesalahan Di Bawah IPA 2006
  • Tip Penjimatan Air

Perkhidmatan

  • Pemotongan Bekalan Air
  • Penyambungan Semula
  • Proses Ujian Meter Air Pengguna
  • Proses Rawatan Air
  • Fungsi Makmal Pusat

Pusat Khidmat Pelanggan

  • Soalan-Soalan Lazim
  • Hotline

Berita

  • Berita Semasa
  • Buletin Terkini
  • Notis Gangguan Air
  • Penjawatan
  • Permohonan Jawatan Kosong
  • Permohonan Latihan Industri
  • Kenyataan Tender

© Hakcipta Terpelihara 2025 - Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) - 199401006290 (291969-M)

Web Oleh LamanWeb

  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat
  • Utama
  • Semakan Bil
  • Berita Semasa
  • Notis Makluman Gangguan Bekalan Air
  • Media AKSB
  • Maklumat Syarikat

Hotline

Tel : 15777
Whatsapp

Borang Permohonan Bekalan Air

Mohon bekalan air melalui borang ini. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan anda.
KLIK DISINI

Lihat Terma & Syarat Bagi Permohonan Bekalan Air

Domestik

Perniagaan