18/10/2021@Pasir Mas. Alhamdulillah.. Progress hari kedua kerja-kerja penyelenggaraan oleh Team AKSB Pasir Mas/LRA Kelar dan kontraktor yang dilantik bagi kerja-kerja pembersihan dan penggalian untuk membuang lumpur, pasir dan sebagainya di mukasauk Sungai Kelar disambung semula awal pagi tadi dan berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang amat baik serta mengizinkan.