27/6/2022@Kota Bharu Utara
Sekitar lawatan akademik pelajar Tahun Tiga Program Geosains,Fakulti Sains Bumi (FSB),Universiti Malaysia Kelantan seramai 47 orang dan 2 orang kakitangan pengiring ke LRA Kg Puteh dan Makmal Pusat AKSB. Taklimat kepada peserta telah disampaikan oleh Ketua Operasi Loji Kg Puteh dan Pengurus Kualiti Makmal Pusat yang merangkumi pemprosesan air di loji, rawatan dan kualiti air sebelum disalurkan kepada pengguna. Program begini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) AKSB kepada pelajar dan mahasiswa dalam menyampaikan maklumat dan pendedahan berkaitan rawatan air.