Sekitar lawatan kerja Dato Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ke Loji Rawatan Air Kampung Telok,Panji pada 20 Januari 2022.
Hadir sama adalah kepimpinan kerajaan negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan.
Taklimat perjalanan operasi loji disampaikan oleh Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd Datuk Ir Dr Azuhan Mohamed.
Loji Rawatan Air Kampung Telok telah memulakan pelepasan air secara beransur-ansur bermula pada 23hb Disember.2021 yang lalu dan apabila projek ini siap sepenuhnya, ia akan mampu mengeluarkan air bersih sejumlah 30 juta liter sehari.
Pengoperasian loji ini nanti akan dapat menampung penggunaan air di kawasan industri Pengkalan Chepa dan dapat mengurangkan penggantungan kepada Loji Rawatan Air Chica Kubang Kerian.