15/10/2021@Kota Bharu Timur. Sekitar lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air, YBhg Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang bersama pegawai yang turut dihadiri oleh wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ketua-Ketua Jabatan dan Unit AKSB serta Kontraktor dan Perunding. Tinjauan dan taklimat terhadap kerja-kerja akhir pembinaan loji baharu LRA Telok telah diadakan pada pagi ini.