3/7/2022@Kota Bharu Utara.
Sekitar lawatan Dato’ Sr. Haji Azami Mohd Nor – Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Pengangkutan, infrastruktur dan Utiliti beserta team AKSB bagi memantau pelaksanaan projek Pakej 1 oleh kontraktor yang dilantik oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di Loji Rawatan Air Tanjung Mas. Lawatan ini juga turut disertai oleh YB Pn. Rohani Binti Ibrahim – Timbalan Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita/ADUN Tanjong Mas. Taklimat dan pembentangan telah disampaikan wakil PAAB.