2/6/2022@Wisma Air Kelantan
Satu lagi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 2022 AKSB diteruskan dengan menyumbangkan sejumlah air mineral dan kotak makanan yang berisi makanan asas kepada Komuniti Tani-Ternak Pasir Mas (KITABINA) sebagai menyokong program kemasyarakatan yang dijalankan oleh mereka bersama warga tempatan yang terdiri dari pelajar, para asnaf, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas, mualaf, mak pondok dan golongan B40 dengan kerjasama KETITIR,ASPIRASI DAN KASUKAS, HUSM yang akan diadakan pada 6 Jun 2022 di Dewan Nur Meranti Kampung Beta, Pohon Buluh,Pasir Mas. Sumbangan telah disampaikan oleh Datuk Ir. P. Geol Dr.Azuhan Bin Mohamed FASc, Pengurus Besar AKSB kepada wakil dari KITABINA, Ustaz Mohd Fadly Bin Zakaria. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan bebanan serta menceriakan para penerima, Inn Shaa Allah