14/9/2022@Pasir Mas.
Satu mesyuarat yang di pengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kelantan, YB Dato’ Hanifa Ahmad telah diadakan di Taman Halal Pasir Mas (THPM) yang mempunyai keluasan 109 ekar. Kedudukan THPM yang berhampiran dengan Thailand dan rantau indochina memainkan peranan penting dalam perdagangan rentas sempadan. THPM adalah merupakan perindustrian halal bersepadu dan diiktiraf oleh Halal Development Corporation sebagai taman industri berstatus HALMAS iaitu taman industri yang lengkap dengan infrastruktur adalah sangat berpotensi. Ianya selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi peneraju industri halal.
Mesyuarat ini turut dihadiri sama pengurusan ECERDC, UPEN dan AKSB yang diwakili Pengurus Besarnya Datuk Ir Dr Azuhan Bin Mohamed FASc P. Geol serta lain-lain agensi berkaitan.