15/12/2022@Jeli.
Walaupun berdepan hujan lebat semalam, demi tugas dan keperluan penyelenggaraan serta untuk memberi perkhidmatan berterusan kepada pengguna, Team AKSB Jeli melaksanakan kerja-kerja pencucian pendapan, aerator dan tangki flok di LRA Ayer Lanas Gemang, Jeli dengan penuh dedikasi. Alhamdulillah kerja-kerja yang dilaksanakan telah siap lewat malam tadi dan loji telah mula beroperasi lebih kurang jam 12.30 tengah malam tadi. Bekalan air akan pulih secara berperingkat.